Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jobs / Jawatan Kosong di Negeri Sembilan

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara
Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap
/Kontrak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah dan Kampus Seremban.
UiTM Negeri Sembilan Jobs - Jawatan Kosong

Jawatan : JURURAWAT (GRED U29)
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada RM1687.59);
dan
(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F 29)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf  oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;  (Gaji permulaan ialah pada RM1746.00); atau
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh  Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya
 (Gaji permulaan ialah pada RM1820.89)
dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan : PENOLONG PENGURUS ASRAMA (GRED N 27)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji Permulaan: RM1,362.00) ; atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
 (Gaji Permulaan: RM1,362.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,661.95)
(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)
1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
 (Gaji Permulaan Gred KP11 : RM837.00); atau
(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam Jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan (Gaji Permulaan Gred KP11 : RM837.00);
d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
 (ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara Julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa Menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
 (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar dan
(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; (Gaji Permulaan : RM929.00) atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
 (Gaji Permulaan : RM985.13) atau
iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,154.33) atau
iv)Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,379.92) ;
(d) Calon hendaklah memiliki Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:
a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman
sesawang UiTM Cawangan Negeri Sembilan di http://nsembilan.uitm.edu.my/v1/ atau
boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri
Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau BadanBadan
Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan
salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya
f. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu, tarikh 12 Ogos 2015.

Sila kemukakan permohonan kepada:
PENOLONG PENDAFTAR (PENTADBIRAN)
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel : +(606)-4823 2100 / 483 2210

Sumber iklan jawatan kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan dan borang permohonan jawatan sila muat turun disini.

0 Comments

Post a Comment